Universiti Nottingham Malaysia
Universiti Nottingham Malaysia

Universiti Nottingham Malaysia

Universiti Nottingham Malaysia (bahasa Inggeris:University of Nottingham Malaysia Campus) (2.945 U, 101.874 T) telah ditubuhkan pada 2000 sebagai kampus Malaysia bagi Universiti Nottingham, UK, menjadikan ia sebagai kampus universiti UK pertama yang dibina di negara luar. Pernah dikenali sebagai University of Nottingham in Malaysia Sdn Bhd atau UNiM, perkataan itu kini merujuk kepada syarikat pemilik. Pengerusi kampus ialah YM Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen, bekas pelajar Universiti Nottingham dan bekas Menteri Pertahanan Malaysia.Posisi bangunan berlatarkan bukit hijau, kampus ini meliputi kawasan perkampungan kejiranan di persekitaran taman. Ia merangkumi persekitaran yang berkualiti tinggi seiring dengan kehendak kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan lain yang dibina ialah kemudahan sukan, bangunan persatuan pelajar, gerai makan, dan juga kedai runcit. Pelajar memiliki akses 24 jam bagi kemudahan komputer. Akses sambungan jalur lebar juga tersedia di sini.